top of page

5 fakta menarik tentang Safee Sali yang masih menunggang!

  • redcardmy
  • Nov 14, 2016
  • 2 min read


Walaupun sentiasa menjadi pemanas bangku simpanan, Safee yang diturunkan JDT sewaktu tewas 1-3 keatas Bengaluru pada saingan AFC Cup telah dipilih sekali lagi untuk menggalas tugas menyarung jersi kebangsaan untuk AFF Suzuki Cup yang bakal berlangsung tak lama lagi.

OKS menyifatkan bahawa Safee mempunyai experience dan mampu untuk membimbing pemain-pemain yang lain.

Champions of 2010 (Source: http://www.thestar.com.my/lifestyle/features/2014/11/14/aff-suzuki-cup-embodies-regions-footballing-prowess-and-its-people/)


Dengan keadaanya yang jarang diturunkan oleh JDT, sesuai untuk kita kenali pemain ini dengan lebih mendalam tentang kehidupannya di luar padang. Dengan itu, kami persembahkan, 5 fakta menarik tentang Safee Sali:


1. Mati hidup kembali!


Pada bulan September yang lepas, Malaysia telah dikecohkan dengan beberapa berita yang mengatakan bahawa Safee Sali telah meninggalkan kita untuk kembali ke rahmatullah! Dakwaan itu telah ditepis apabila JDT mengeluarkan tweet mengatakan bahawa ia tidak benar dan Safee Sali masih hidup dan sihat untuk menjalani latihan.

(Source: http://www.ammboi.com/wp-content/uploads/2016/09/SAFEE-SALI-MENINGGAL-DUNIA-HANYA-BERITA-PALSU-1.jpg)

Menurut satu video yang dimuat turun oleh JDT, Safee Sali mengatakan “Alhamdulillah saya masih hidup, ikan saya yang meninggal ada lah”. Hmm nasib baik tak betul, kita masih perlukan number 10 kita ni!

2. Pistol dalam kereta


Sewaktu Malaysia dihangatkan dengan movie Polis Evo, Safee Sali turut dituduh meyimpan sepucuk pistol didalam keretanya! Polis telah menemui pistol bersama tiga puluh butir peluru sewaktu dipandu oleh pemilik sebuah kedai aksesori kereta. Dikatakan, Safee telah menghantar keretanya ke sebuah kedai aksesori untuk mengupgrade keretanya dan tidak tahu menahu tentang pistol dan peluru tersebut. Kalaulah saya Safee Sali, statement saya akan “buat apa nak ada pistol tembak orang, tiap-tiap hari saya tembak keeper sampai tembus masuk gol!”

Suka apa yang anda baca, support kami: facebook.com/knuckletheball

Main FIFA secara FREE di: fo3.garena.com/home


3. Kisah percintaan


Pada 2012, Safee Sali telah bercerai dengan pasangannya selepas mendirikan rumah tangga selama 5 tahun. Dikatakan bahawa punca penceraian mereka adalah disebabkan orang ke-tiga. Menurut sumber Safee telah berlaku curang dengan bekas isterinya sewaktu Safee menggalas tanggungjawab sebagai pemain kelab Pelita Jaya di Indonesia. Dakwaan itu diperkukuhkan apabila Safee Sali telah mengahwini seorang gadis daripada Indonesia pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Safee dan isteri menyambut anak kelahiran pertama mereka (Source: http://beautifulnara.com/5-foto-terkini-shanika-salsabilla-anak-perempuan-safee-sali/)


4. Penurunan gaji


Semasa bermain dengan pasukan Pelita Jaya, gaji Safee Sali berjumlah 10,000 USD atau RM30,000 dan telah menjaringkan 27 gol dalam 42 game. Kemudian pada 2012, Safee telah berpindah ke kelab paling berprestij dalam Malaysia, JDT dengan gaji RM120,000! Sewaktu itu, Safee adalah pemain kedua bergaji tinggi dibawah Mat Yo yang bergaji RM130,000 yang bermain untuk ATM. Tetapi, disebabkan prestasi Safee yang merundum, sekarang ini Safee Sali berpendapatan RM40,000. Masih lagi jumlah yang banyak dan masih lagi mampu untuk membeli sebijik Peodua Myvi second hand setiap bulan.

5. Back-up Malaysia


Ingatkah anda tentang penyelewengan RM107juta yang berlaku pada tabung Belia dan Sukan? Antara yang bersuara tentang hal tersebut adalah Abang Safee kita. Safee telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mengatakan dengan jumlah duit yang telah diselewengkan itu, bayangkan betapa banyaknya kemudahan dan keperluan boleh digunakan dengan duit tersebut.


FB post Safee Sali (Source:http://img.astroawani.com/201609/81474882644_SafeeSaliHoax.jpg)


Berang dengan kejadian itu, Safee turut berkata “Kalau ranking Malaysia jatuh semua orang salahkan pemain, tapi bila duit banyak macam ini hilang semua orang diam”. Dahsyat Abang Safee, bukan sahaja hero didalam padang, malah menjadi hero untuk kita semua diluar padang. Respect!


Comments


Main FIFA free, download di fo3.garena.com

Kuala Lumpur, Malaysia

  • Facebook

©2016 by Knuckleball Malaysia. Proudly created with Wix.com

bottom of page