Piala Malaysia, penyokong takda otak dan si-abang polis!
- redcardmy
- Nov 2, 2016
- 2 min read

Bukanlah tajuk drama pukul 6.30 anda.
Masih tak dapat process lagi dalam otak pasal perangai penonton bolasepak dalam Malaysia ni. Yang peliknya, bila tengok kiri-kanan hampir semuanya 18 tahun ke-atas. Jadi hari ini, jom kita tengok antara perangai penyokong takda otak yang dapat kita simpulkan pada final Piala Malaysia ahad lepas.
Festival Songkran ke Piala Malaysia?
Kalau nak feeling-feeling macam dekat Bangkok masa Songkran Fest di Malaysia, anda telah melepaskan peluang kerana dekat final Piala Malaysia haritu serious buat ramai kebingungan. Dengan hari hujan yang lebat dan atap stadium yang tak pernah tak bocor, acara ‘gilang-gemilang’ ini telah ditemani dengan balingan mesra, cawan yang penuh air dan sampah sesama penyokong. Tak kira la kalau ada budak kecik ke tak, semua orang nak berseronok bukan?
Click play: Festival baling-membaling di Shah Alam
Ini juga telah membuktikan bahawa kita rakyat Malaysia, kini kian aktif dalam acara baling-membaling! No wonder kita menang lontar peluru masa Paralympics baru ni!
Kadang-kadang hairan, sampai bila kita nak jadi macam ni? Asal gol ke tak puas hati dengan decision reff ke, penuh trek larian dengan cawan, botol, sampah. Bayangkan ni, tengok match EPL betapa rapatnya seat penyokong dengan padang dan bandingkan dengan apa yang jadi masa final piala yang paling berprestij di Malaysia ni. Jauh kan kita ketinggalan?
Manakala, penyelamat, penjaga keharmonian kita, si abang Polis. Tak dapat nak digest pemikiran abang-abang ni, tak pernah terfikir ke yang setiap tahun pagar pembahagi akan roboh, tak terfikir ke setiap tahun akan ada pesta baling-membaling, tak pernah terfikir ke untuk improve enforcement supaya keadaan dapat dikawal dengan lebih baik?
Click play: Reaction abang polis sewaktu penyokong Kedah memanjat barrier untuk conquer tempat penyokong Selangor masa final Piala Malaysia
Suka apa yang anda baca, support kami: facebook.com/knuckletheball
Main FIFA secara FREE di: fo3.garena.com/home
Memang bunyi ni macam cliché, tapi kita semua patut contohi perkembangan kancah bolasepak di negeri Johor. Dengan stadium bebas rokok, keselesaan dan keharmonian terjamin, jelas bahawa darjat JDT dan rakyat Johor memang jauh lebih tinggi daripada kelab dan penyokong yang lain malah lebih tinggi lagi dari Harimau Malaya sendiri.

Cawan, sampah dan botol air di track larian. Lol
Dengan ini, harapan diakhir artikel, kami berharap yang makan cili tolong la terasa pedas. Sesungguhnya bolasepak ini adalah satu sukan yang menyeronokkan, dan cara untuk kita improvekan bolasepak negara kita adalah dengan merubah perangai kita sebagai penyokong.
Semoga kita dapat menjadi penyokong yang lebih berkualiti
dimasa hadapan.







Comments